Trans4BruMin
Jumaat, 25 Januari 2013
Khamis, 17 Januari 2013
KEGIATAN MASYARAKAT LUN BAWANG/MURUT TEMBURONG
SELAMAT TAHUN BARU 2013!
Temburong is the eastern-most district (daerah) in Brunei. It is an exclave, as it is separated from the rest of Brunei by Malaysia and Brunei Bay. Its capital is Bangar. The main town located in the district is Pekan Bangar.
Sepertimana yang anda lihat bahawa Temburong merupakan daerah kedua terbesar dinegara brunei darussalam, tetapi merupakan daerah yang mempunyai sedikit penduduk mungkin tidak sampai 10,000 orang. tidak heranlah kalau kemajuan yang dicapai di daerah ini tidak seimbang dengan daerah-daerah lain di negara brunei darusalam. walaupun demikian, temburong dikenali sebagai tempat dimana terdapanya sumber alam semulajadi iaitu batu kelikir dan juga kayu balak. hutan hujan yang masih terpelihara didaerah ini telah menjadikan daerah ini sesuai untuk kegiatan pelancongan, sebagai satu contoh, pusat penyelidikan hutan simpan ulu belalong.
Pekan Bangar
Jembatan yang menjadi Nostalgia bagi
orang Temburong
|
Suasana hari jumaat di pekan bangar
semua kedai ditutup dari jam 12.00-2.00 petang
|
Perkembangan masyarakat di pekan ini tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang sudah. Penglibatan masyarakat di daerah ini lebih banyak dilihat di dalam bidang kebudayaan dan sukan, masyarakat Murut, atau lebih dikenali sebagai Lun Bawang di Sarawak melalui persatuan nya telah banyak memperkenalkan Temburong melalui penglibatannya di dalam aktiviti kebudayaan dan sukan. beberapa nama seperti Liew Chuan Fue, Fadlin Galawat, dsb, merupakan pemain-pemain yang pernah diserapkan sebagai pemain kebangsaan negara brunei dan telah mencapai kejuaraan memenangi piala Malaysia suatu ketika dahulu. Penglibatan di dalam kebudayaan telah menjadi perkara yang biasa buat persatuan lun bawang, Murut brunei apabila sering dijemput mempersembahkan tarian kebudayaan dan juga setiap tahun akan menganjurkan irau aco Lun Bawang.
Sebagai masyarakat dan penduduk yang prihatin terhadap perkembangan masyarakatnya penglibatan yang proaktif dan istilah mementingkan diri sendiri perlulah dihindari. Kerana masa depan masyarakat bukan suatu barangan uji kaji atau suatu perjudian, tetapi ianya suatu realiti yang akan membentuk masa depan masyarakat itu sendiri. Kita berbicara soal masa yang akan menentukan apakah yang akan menjadi bentuk masyarakat dimasa yang akan datang, jadi persoalannya apakah yang kita usahakan untuk munculnya masa depan yang mahu atau tidak pasti akan dihadapi.
Kampong negalang unat merupakan sebuah kampung yang berada dalam mukim batu apoi mempunyai cara tersendiri bagi menggalakan penduduknya untuk pulang ke kampong dengan menganjurkan acara Baik Kampung setiap tahun. acara ini telah dimulai pada tahun 2010 dan telah tiga kali diadakan sepanjang tempoh tersebut sehingga akhir 2012 yang lepas. kampong negalang dihuni oleh majoritinya adalah masyarakat murut.
Peresmian Balik Kampong 2010 oleh Penghulu Mukim Batu Apoi OKS.Awang Ahmad bin Hj Lakim |
Gerbang Yang dibina khas untuk acara balik kampong 2012
Photo Ah Chua Bangau
|
Senaman sebelum acara dimulakan
Photo Ah Chua Bangau
|
Antara acara menarik perhatian "ma'an batang piasau" |
Acara ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat kampong yang terlibat dari tahun kesetahun, iaitu kampung Lekiun, Negalang, dan Batu Apoi.
Acara ini lebih kepada acara keluarga yang menggabungkan semua masyarakat murut yang berasal daripada kampong-kampong yang disebut di atas.
"Ngelubid Tayar" |
Cuaca panas terik tidak menghalang untuk acara ini dijalankan dengan jayanya |
Semangat gotong royong dan perpaduan merupakan asas atau kunci kepada berjayanya acara ini dilaksanankan dalam beberapa tahun yang sudah sehingga ke hari ini. Meskipun usaha ini pada mulanya diusahakan secara sukarela dikalangan masyarakat yang berada di kampung tetapi pada penganjurannya yang ketiga 2012 telah melibatkan anak-anak kampung yang berada dibandar yang menggambil masa percutian mereka untuk bersama-sama merancang dan mengendalikan acara yang semakin mendapat perhatian masyarakat kampung yang berkenaan.
Rabu, 26 Disember 2012
Langgan:
Catatan (Atom)